CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 4, 2008

Antologi Puisi



Judul : Bisik Pada Angin
Penyelenggara : Lim Swee Tin
Penerbit : Citra Kurnia Enterprise
Genre : Antologi Puisi
Mukasurat : 62 halaman
Cetakan Pertama : 2005
ISBN : 9834146949


Antologi puisi yang berjudul Bisik Pada Angin memuatkan lima puluh lapan buah sajak hasil karya pelajar yang mengikuti kursus BBK 3406: Penulisan Puisi dan Drama yang dikendalikan oleh Encik Lim Swee Tin. Sajak-sajak yang dihasilkan ini merupakan manifestasi kebolehan dan kemampuan pelajar memahami, menanggapi dan mengaplikasikan pengetahuan teori yang diperoleh mereka dalam bentuk penghasilan karya kreatif.


Namun demikian, semua ini tidak akan menjadi realiti jika pelajar tidak mempunyai sensitiviti, persepsi dan kemampuan mengolah dan mengadunkannya dengan imaginasi dan kreativiti. Sesuai dengan lingkungan persekitaran dan peringkat usia, tema dan persoalan yang digarap oleh para pelajar dalam kebanyakan puisi yang dihasilkan oleh mereka lebih tertumpu kepada persoalan cinta, kasih sayang, sanjungan, dan persoalan kehidupan yang masih berkisar dalam ikatan kekeluargaan, teman rapat, dan sanjungannya kepada Allah s.w.t. Persoalan cinta begitu jelas diungkapkan bukan sahaja dapat kita fahami melalui kandungannya, malah terus dapat diselami maksudnya


Pandangan saya :

Buku ini merupakan sebuah buku yang penuh dengan pelbagai cerita, idea, dan pemikiran. Semuanya ini merupakan hasil usaha pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah membuktikan kepada kita, mereka mampu untuk menulis puisi. Segala pengajaran pensyarah telah dipraktikkan melalui buku yang bertajuk "Bisik pada angin ini". Bagi saya, ini merupakan langkah yang bijak untuk menyerlahkan lagi bakat menulis puisi dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita.

1 comments:

Nurain Bujang said...

Antologi Puisi merupakan hasil karya pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia. Buku ini bukan sahaja dapat memberi banyak faedah kepada masyarakat malah memberi contoh yang positif kepada pelajar-pelajar agar terus berkarya.