CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 6, 2008

Masalah tatabahasa dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia



Setiap bahasa mempunyai peraturan bahasa atau tatabahasa yang tersendiri. Peraturan tersebut perlu dikuasai oleh pengguna bahasa untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dengan betul bagi menyampaikan idea. Dalam konteks bahasa Melayu, aspek tatabahasa bahasa Melayu, khususnya, mula diperkenalkan kepada pelajar ketika mereka berada di sekolah rendah lagi.
Perkara yang sama diulang dan diperluas di sekolah menengah. Ringkasnya, setiap pelajar sudah pun mempelajari tatabahasa bahasa Melayu tidak kurang daripada 10 tahun sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, amat malang sekali apabila kenyataan membuktikan bahawa majoriti pelajar tidak menguasai tatabahasa bahasa kebangsaan kita dengan baik sehinggalah mereka meninggalkan alam persekolahan.

Kegagalan pelajar menguasai aspek ini dapat dikesan dengan mudah apabila karangan atau latihan bertulis pelajar dirujuki. Kelemahan tersebut pasti lebih ketara dalam perbualan mereka sehari-hari. Antara aspek asas tatabahasa yang hampir pasti digunakan dalam setiap penulisan, khususnya karangan dan sering pula terdapat kesalahan, termasuklah ketidaktepatan penggunaan kata sendi nama, kegagalan mematuhi hukum D-M, penggunaan imbuhan yang salah, dan binaan ayat yang tidak gramatis.



Pendapat saya :

Pada pendapat saya, Pelajar-pelajar kita di Malaysia masih tidak dapat menguasai tatabahasa dengan baik. Kelemahan mereka boleh dilihat melalui karangan dan gaya percakapan mereka. Jika dilihat para remaja sekarang lebih suka menggunakan bahasa slanga untuk berkomunikasi. Bahasa Slanga ini bukan sahaja membawa kesan negatif kepada bahasa malah mencemarkan kebaikan dan kesempurnaan bahasa Melayu itu sendiri.





1 comments:

Nurain Bujang said...

Apakah pendapat anda mengenai masalah tatabahasa dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia ini? Adakah perkara ini wajar kita biarkan atau harus dibendung agar tidak terus menular dalam kalangan masyarakat?